Monday 26 December 2011

cinta oh cinta....



KALAU BERCINTE , JANGAN BERKEPIT macam belangkas , hantar surat berbelas-belas , SMS berbalas-balas , masa dating sebelah tandas , berpeluk-peluk dalam bas , asyik menjeling dalam kelas , minum air perghh . . kongsi segelas ♥
Bila ada konflik , haa mula la nak frust , nak tunai solat pun malas , tak dapat tumpu study dalam kelas , waktu result nak keluar tahu pulak cemas ,
takut . . exam tak pa...s...s , tup tup awek sendiri kena kebas , kesian . . melepas ♥
So , jadilah couple yang ada class (lepas nikah) , berdating ikut lunas , bergaul ada batas , jaga maruah dengan tegas , syariah dijaga dengan jelas , tutur kata sentiasa beralas , kalaulah cinta yang dihulur ikhlas , janganlah bimbang , cintamu pasti berbalas ♥

Thursday 15 December 2011

< bila hati berbicara>

...adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini
bukan sekadar KETAWA, dan adakalanya kita perlu KETAWA
agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA....''bersyukur pada orang yang MENYAKITI mu kerana dia yang MENABAHKAN kamu, bersyukur pada orang yang TAK MENGENDAHKAN
kamu kerana dia yang MEMUPUK mu BERDIKARI, bersyukur pada orang yang MENJATUHKAN kamu kerana dia yang MEMPERHEBATKAN kemampuan mu... bersyukur pada orang yang MENYIKSA mu kerana dia yang menguji KESABARAN dan KETABAHAN kamu....

Ya Allah ya tuhanku,
sesungguhnya aku memohon                                
kepadaMu akan kecintaanMu
dan kecintaan orang yang mencintaiMu
dan kecintaan amalan yang membawaku
sampai kepada kecintaanMu.
Ya Allah ya Tuhanku,
jadikanlah cinta kepadaMu
sesuatu yang sangat aku cintai
lebih daripada diriku,
hartaku,
keluargaku
dan air yang dingin.



~ketika hati seorang muslimah terluka~



Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air mata nya dengan imannya
 
Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya 

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-hari nya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam do’a permohonan ampunnya terhadap Tuhannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesadarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia pergunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan do’a untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jalan panjang didepan matanya tetap ia harungi

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan luluh

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH…


TETAP MENJADI MUSLIMAH…
TETAP MENJADI WANITA SOLEHAH…
TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT…
TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG…







Yaa Rabbi sudilah pandang daku
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan daku terus sendiri
Mencari mendaki jalan berduri…

Wednesday 14 December 2011

* terbaik untukmu*

 
Yang kita dapat tidak semestinya yang kita pinta..
Yang kita minta belum tentu y...ang terbaik buat kita.
Yang terbaik buat kita tak semestinya Allah suka..

Belajarlah redha apa yang kita ada..
Itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..

Monday 12 December 2011

Kerananya....aku dicintai

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata : “Rasulullah s.a.w bersabda :” Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman :"Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu amalan yang lebih Aku sukai selain daripada apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatannya yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia mengambil sesuatu tindakan dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya. Jika dia memohon sesuatu daripada-Ku, Aku akan memberinya dan jika dia memohon perlindungan daripada-Ku, maka Aku akan melindunginya.”

[ Hadis Riwayat Al-Bukhari ]


Kesimpulan Hadith ini:
Melaksanakan sunnah-sunnah Rasul, akan menimbulkan kecintaan kepada Allah
Rasailah nikmat dicintai oleh Allah, kerana dengan siraman cinta dari Allah:
-Penglihatan akan dijaga
-Pendengaran akan terpelihara
-Kaki akan melangkah ke tempat yang baik dan diberkati
-Tangan akan mudah melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Segalanya dalam pemeliharaan Allah....
Seronoknya dicintai Allah!

Jadi, jom giatkan amalan sunnat, ikhlaskan hati dalam melaksanakannya
Tilawah Al-Quran, Puasa Sunat, Qiyamulail, Tahajjud, Zikir Ma'thurat, dan sebagainya.


Tips untuk menghilangkan perasaan dengki...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 
"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"
(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)



Setiap orang punya kelebihan dan kekurangan dalam diri sendiri. Allah s.w.t. telah menjadikan  manusia dalam pelbagai rupa, kebolehan dan dikurniakan rezeki yang patut disyukuri oleh kita. Namun kadangkala kelebihan yang kita ada boleh menyebabkan manusia yang lain timbul perasaan dengki terhadap kita atau mungkin kita yang terlibat dengan perasaan sebegini.

"Aku tak dengki, aku cemburu je." Pernah tak dengar orang cakap macam itu? Sebenarnya, daripada cemburu itulah wujudnya perasaan dengki. Kerana cemburu, kita akan buat sesuatu yang buruk kepada orang yang kita cemburu tu maka timbullah perasaan dengki tersebut. Cemburu yang asalnya hanya perasaan *lahiriah* daripada hati akhirnya bertukar kepada perbuatan yang boleh merosakkan orang lain dan diri sendiri.

Jadi disini,  terdapat sedikit tips yang boleh kita ambil untuk kita fikir-fikirkan.  Moga dapat beri kesedaran pada kami dan juga yg membaca.

Tips-Tips Menghilangkan Perasaan Dengki

1. Ucapkan tahniah kepada orang yang didengki itu ketika dia mendapat nikmat.
Contohnya ada antara sahabat kita yang baru melangsungkan perkahwinan. Kita belum lagi dapat merasai peluang yang sama. Tengok pula suami dia kacak, dari golongan yang beragama. Siapa yang tak cemburu? Jadi eloklah kita ucapkan *tahniah* dan bersalam dengannya. Mana tahu, ada keberkatan Allah Taa'la nak bagi kepada kita selepas ini untuk berkahwin pula?



2. Sanjung dan puji kebaikannya terutama di belakangnya.

Bila kawan kita naik pangkat dan dinaikkan gaji, kita mesti akan terasa. Lagi-lagi bila gaji kita yang berkelulusan tinggi juga ni sekadar cukup makan sahaja. Seeloknya janganlah kita dengki dengan rezeki kawan kita itu. Bila kita bercerita tentangnya, kita seeloknya memuji dia kerana mungkin dia layak menerima anugerah itu kerana usahanya sendiri. Daripada sini, kita patut memperbaiki diri kita. Mungkin hari esok, rezeki kita pula?




3. Tutup kelemahan dan kesalahannya

Walaupun dia ada buat salah kepada kita atau orang lain, janganlah kerana perasaan dengki yang menebal, kita berkata buruk pasal dia pula. Memang akan timbul rasa tak puas hati, bila dia dapat apa yang kita beluam ada lagi, tambahan pula bila dia dapat benda tersebut dengan cara yang salah atau tidak baik. Tapi siapa kita untuk menilai dia? Dia hanya manusia yang tak terlepas daripada kesalahan. Jadi apa kata, daripada kita membuat cubaan untuk memburukkan imej mereka kat belakang, kita cuba nasihatkan dia dengan cara yang baik? (Kalau yang masih juga liat nak berubah, biarlah. Moga Allah s.w.t. bukakan hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.)

4. Ziarahilah dia dengan membawa hadiah

Kawan kita baru dapat anak yang comel. Kita yang dah berapa tahun kahwin, masih belum dikurniakan cahaya mata. Seeloknya kita ziarah dia dan beri dia hadiah. Kita kongsi kegembiraan yang dia peroleh itu bersama. Bukan dengan rasa dengki. Kadang-kadang kalau masih timbul lagi perasaan tu bila dah berjumpa, cepat-cepat kita beristighfar, moga dapat bagi hati kita sejuk sedikit.




5. Hormati dan sayangi orang-orang di sekelilingnya (Ibu bapanya, ahli keluarganya dan anak-anaknya.)

Kadang-kadang perasaan dengki itu lahir, kerana kurangnya perasaan kasih sayang kita sebagai manusia. Kalau kita benci dan dengki kepada orang itu, kadang-kadang kita patut melihat orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mungkin mereka ada buat baik kepada kita. Jadi kita cuba hilangkan perasaan dengki itu sambil mengenangkan kebaikan yang telah dilakukan oleh orang sekelilingnya supaya perasaan hasad dengki itu tertutup kembali. Insya-Allah.



6. Bela dia kalau ada orang yang memburuk-burukkannya.

Bila dah dengki, semua di mata ini nampak yang buruk saja. Dia buat air rasa tawar, dia masak rasa masin. Kalau orang lain sibuk mengata buruk, kita sepatutnya cuba baiki hati kita dengan mengelakkan diri daripada *tambah saham* mengata orang itu juga. Kadang-kadang kita perlu berfikiran positif terhadap orang yang kita dengki itu dengan memandang benda-benda baik yang ada dalam dirinya. Daripada situ, insya-Allah kita terhindar daripada perasaan dengki dan terlepas daripada *dosa* mengata orang di belakang.



7. Berdoalah kepada Allah s.w.t agar dihilangkan rasa dengki itu.

Selemah-lemah hati, kita haruslah kembali kepada Dia juga. Banyak-banyak beristighfar dan mohon perlindungan Allah supaya terhindar daripada dosa hasad dengki terhadap orang lain. Kita cermin diri kita. Lihat kelebihan yang kita ada. Kita hayati hidup kita, lihat rezeki yang Allah s.w.t. telah kurniakan kepada kita. Berdoalah, semoga Allah s.w.t. pelihara hati kita daripada perasaan dengki itu.





"Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka ma`afkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Surah Al-Baqarah : 109)

Wallahualam.

credit to: airaniezlife.blogspot.com

etika pemakaian

 agak-agak kita sama tak seperti dalam gambar ini?? atau kita AKAN menjadi seperti ni?? atau kita PERNAH jadi seperti ini?? atau kita berbangga dengan imej sekarang yang berbonggok unta serta seksi ??fikir-fikirkan....

Apakah kita mampu dinobatkan sebagai "wanita beriman"?? (^_^)

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
1. Supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
2. dan memelihara kehormatan mereka;
3. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
4. dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka;
5. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka,  atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;

dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[Surah An-Nur:31}

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[Surah Al-Ahzab:59]

Polis Wanita Pertama Bertudung Di Sweden



Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro Se, Rabu (7 / 12).Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung.

"Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya. Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan. 

Apabila beliau ditanya adakah dengan bertudung mendatangkan masalah pada kerjaya dan masa depannya, beliau menjawab, beliau menjawab, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.

"Saya membesar di Piteå kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.



Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.

Epal, muzik dan alQuran



Assalamualaikum pembaca budiman :)
Nak kongsikan sebuah catatan dari blog ini

Eksperimen ke atas buah epal ini dijalankan oleh seorang murid sekolah rendah untuk mengkaji kesan bacaan Al-Quran ke atas benda fizikal. Hipotesis eksperimen adalah Al-Quran mempunyai kesan fizikal sama sepertimana muzik memberi kesan fizikal. Untuk membuktikan perkara ini, sebiji epal (yang mempunyai 60-70% kandungan air sama seperti manusia) telah digunakan. Epal dibelah dua, disimpan dalam beg berzip dan selama 7 hari bacaan Al-Quran dimainkan ke atas sepotong epal manakala sepotong lagi dimainkan muzik. Epal diletakkan di bawah suhu bilik dan berikut adalah kesannya.
epal baru dipotong
selepas 3 minggu..
kiri: muzik. kanan: alQuran
So, epal mana satu menjadi pujaan hati?
Semestinya yang sebelah kanan bukan?
Makanya, jom banyakkan dengar bacaan alQuran supaya hati kita tidak busuk dan jijik seperti epal sebelah kiri itu..

"(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" 
(Ar-Ra'd 13: 28)

Selamat beramal! :)

~Cintaku pada Sunnahmu Ya Rasulullah~




Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا 
“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun".
Sunnah Rasulullah SAW adalah segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah SAW, baik ucapan, perbuatan maupun penetapan beliau SAW, yang ditujukan sebagai syariat bagi umat Islam.

- Arti “menghidupkan sunnah Rasulullah SAW” adalah memahami petunjuk Beliau SAW, mengamalkan dan menyebarkannya di kalangan manusia, serta menganjurkan orang lain untuk mengikutinya dan melarang dari menyelisihinya.

- Orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW akan mendapatkan dua keutamaan (pahala) sekaligus, yaitu keutamaan mengamalkan sunnah itu sendiri dan keutamaan menghidupkannya di tengah-tengah manusia yang telah melupakannya. Syaikh Muhammad bih Shaleh al-’Utsaimin -rahimahullah- berkata, “Sesungguhnya sunnah Rasulullah SAW jika semakin dilupakan, maka (keutamaan) mengamalkannya pun semakin kuat (besar), karena (orang yang mengamalkannya) akan mendapatkan keutamaan mengamalkan (sunnah itu sendiri) dan (keutamaan) menyebarkan (menghidupkan) sunnah di kalangan manusia”.

Mudah nya pakai tudung^^

Assalamualaikum kawan2^^..
ok..hari ni kami nak bercerita sikit tentang mudah nya pakai tudung..
Sebenarnya tak susah untuk pakai tudung ni. orang selalu cakap, pakai tudung ni panas lah, rimaslah,
pening kepala la..dan macam2 alasan..
Kalau lah mereka tahu sebenarnya tak susah untuk pakai tudung ni..

Tujuan utama kita pakai tudung adalah untuk tutup aurat..
Apa yang dimaksudkan dengan menutup aurat ni???
adakah kita perlu pakai tudung seperti pakai telekung??
Tidak..sebenarnya lebih mudah..
Kita tutp aurat dibahagian kepala ni dengan menggunakan tudung..
Untuk melindungi kepala..Cukup sekadar menutupi aurat kita..




Menutup aurat dibahagian kepala ni tak susah..mudah je..
Cukup sekadar kita memakai tudung bersaiz biase. kalau lebih faham, bidang 45..
Tapi sahabat2 kene faham, dia ikut saiz badan kita juga..kalau saiz kite besar, besar la bidang tudung tu.
Yang penting, tudung kita tu mestu menutupi seluruh kepala, bahu, bahagian hadapan dan belakang sehingga menutupi dada..

Haaaaa..kan mudah tu. tak perlu memakai tudung seperti telekung. jadi tiada alasan la untuk kita tidak memakai tudung.
Tiada la alasan panas, rimas atau tak selesa. cukup sekadar kita menutupi aurat..
Dan..untuk lebih cantik, lebih sempurna..labuhkanlah tudung tu..

sebagai seorang muslim, kita wajib tutup aurat. terutama bagi orang perempuan. seluruh badan kita adalah aurat kecuali muka dan tapak tangan..
Tapi ramai yang tak ambik kisah tentang aurat kepala..penting sebenanrnya. sehelai rambut kita yang dilihat orang bukan mahram ni, besar doosanya, jadi, marilah sama2 kita tutup aurat^^

Sekarang kan banyak fesyen tudung, xpe, pakailah, ikot la fesyen, aelagi mana ia tak melanggar syarak^^
Kan mudah pakai tudung^^ehe
WaAllahua'lam..