Monday 12 December 2011

Kerananya....aku dicintai

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata : “Rasulullah s.a.w bersabda :” Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman :"Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu amalan yang lebih Aku sukai selain daripada apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatannya yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia mengambil sesuatu tindakan dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya. Jika dia memohon sesuatu daripada-Ku, Aku akan memberinya dan jika dia memohon perlindungan daripada-Ku, maka Aku akan melindunginya.”

[ Hadis Riwayat Al-Bukhari ]


Kesimpulan Hadith ini:
Melaksanakan sunnah-sunnah Rasul, akan menimbulkan kecintaan kepada Allah
Rasailah nikmat dicintai oleh Allah, kerana dengan siraman cinta dari Allah:
-Penglihatan akan dijaga
-Pendengaran akan terpelihara
-Kaki akan melangkah ke tempat yang baik dan diberkati
-Tangan akan mudah melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Segalanya dalam pemeliharaan Allah....
Seronoknya dicintai Allah!

Jadi, jom giatkan amalan sunnat, ikhlaskan hati dalam melaksanakannya
Tilawah Al-Quran, Puasa Sunat, Qiyamulail, Tahajjud, Zikir Ma'thurat, dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment