Monday 12 December 2011

Epal, muzik dan alQuran



Assalamualaikum pembaca budiman :)
Nak kongsikan sebuah catatan dari blog ini

Eksperimen ke atas buah epal ini dijalankan oleh seorang murid sekolah rendah untuk mengkaji kesan bacaan Al-Quran ke atas benda fizikal. Hipotesis eksperimen adalah Al-Quran mempunyai kesan fizikal sama sepertimana muzik memberi kesan fizikal. Untuk membuktikan perkara ini, sebiji epal (yang mempunyai 60-70% kandungan air sama seperti manusia) telah digunakan. Epal dibelah dua, disimpan dalam beg berzip dan selama 7 hari bacaan Al-Quran dimainkan ke atas sepotong epal manakala sepotong lagi dimainkan muzik. Epal diletakkan di bawah suhu bilik dan berikut adalah kesannya.
epal baru dipotong
selepas 3 minggu..
kiri: muzik. kanan: alQuran
So, epal mana satu menjadi pujaan hati?
Semestinya yang sebelah kanan bukan?
Makanya, jom banyakkan dengar bacaan alQuran supaya hati kita tidak busuk dan jijik seperti epal sebelah kiri itu..

"(Iaitu) orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" 
(Ar-Ra'd 13: 28)

Selamat beramal! :)

No comments:

Post a Comment